Panas! Video Pendedahan Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Sebarkan!

Video nie di telah diupload didalaman youtube oleh seorang pengikut SYIAH MELAYU dan pada tarikh 12 JUN 2013 – terus buka link tersebut : “Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia” 
Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu – Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah – Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman – Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)
* pendedahan bersifat umum tanpa mengira pegangan politik atau kedudukan, hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang.
*sebarang laporan polis belum dibuat setakat ini. wallahua’alam
Credit to Belia Keamanan Malaysia

p/s : Kredit to Facebook..korang tengok lah sendiri cara dorang ni sembahyang… MasyaAllah…

Panas! Video Pendedahan Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Sebarkan! - Terbakor


Kejam! Manusia Ini DiBunuh Dan Dimakan

Peristiwa sadis ni berlaku di Kota Makeevka Ukraine dimana Alexander Nivikov telah menjadi mangsa kannibalisme dari pasangan Oxana dan Edward. Peristiwa ini terbongkar apabila orang awam menemui tulang Alexander di lorong-lorongdan melihat sepasang kaki manusia terkeluar dari celah lubang.




Pembunuhan ini berlaku apabila terjadinya pergaduhan antara Alexander dan Edward dan berakhir dengan pembunuhan Alexander. Pasangan tersebut cuba menyingkirkan mayat Alexander dengan memasak dan sebahagian lagi dibuang dalam sebuah lubang.

Apa yang menggerikan lagi, pasangan ini menyimpan danging dan organ Alexander di dalam peti sejuk. Polis menemukannya ketika memeriksa rumah mereka. Difahamkan daging tersebut akan dibuat makan malam pada hari berikutnya.

Fasha Sandha Terkejut Telah Dimadukan Suami



Fasha Sandha Terkejut Telah Dimadukan Suami-Terkejut beruk bila baca gossip terbaru yang Fasha sandha telah dimadukan oleh suaminya.Apapun korang baca sendiri gossip dibawah dari murai.com.my ini :
fasha bermadu Fasha Sandha Terkejut Telah Dimadukan Suami
Tidak ada angin, tidak ada ribut, tup tup Murai Batu dapat tahu bahawa aktres Fasha Sandha telah dimadukan suaminya. Murai Batu pasti, sesiapun yang berada di tempat Fasha Sandha pastinya terkejut apabila berdepan dengan situasi ini.
Lebih-lebih lagi apabila dia telah dimadukan dengan seorang gadis yang jadi pilihan keluarga suaminya. Senang cakap, keluarga mentuanya yang aturkan perkahwinan tersebut.
Ishhh… Macam mana tu? Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan Fasha Sandha kala itu ya.
Lebih-lebih lagi apabila suaminya yang kacak iaitu Aaron Aziz terpaksa mengahwini gadis muda bernama Anzalna dalam dalam drama Tentang Dia yang bakal ditayangkan di RTM bermula selepas raya ini.
Haaaa… korang semua. Isu Fasha Sandha dimadukan ini sebenarnya bakal anda saksikan dalam Tentang dia terbitan Global Network Sdn Bhd milik Datin Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar kepada penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza.
Tentang Dia yang diterajui Fasha Sanda dengan Aaron Aziz ini turut dibantu Anzalna dengan Rusdi Ramli dan ia mengisahkan tentang situasi yang terpaksa dilalui Fasha Sandha apabila suaminya Aaroz Aziz dipaksa berkahwin dengan Anzalna oleh keluarganya.
Namun, keadaan itu berlaku kerana keluarga Aaron Aziz tidak mengetahui bahawa anak lelaki mereka itu telah pun mempunyai isteri kerana tanpa pengetahuan keluarga, dia dengan Fasha telah berkahwin senyap-senyap di luar negara.

(UPDATE) VIDEO: Saksikan Detik Cemas Penebat Kilat Runtuh Dari Menara UMNO P. Pinang

VIDEO: Detik Cemas Penebat Kilat Runtuh Dari Menara UMNO P. Pinang Hingga Dua Terbunuh

Dalam kejadian petang Khamis lepas, seorang lelaki maut selepas kenderaannya dihempap struktur penebat kilat di atas Menara Umno itu yang jatuh akibat ribut kencang.
Sehari selepas itu, seorang wanita, Lee Chai Song membuat laporan mengenai kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.
Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.
Mari kita lihat detik-detik cemas yang terjadi sewaktu struktur penebat kilat berkenaan runtuh.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
TERKINI: Polis tidak menemui sebarang tisu atau darah manusia dari serpihan kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di mana Lim Chin Aik dipercayai tertimbus.
Ketua Polis Daerah George Towen, ACP Gan Kong Meng berkata, polis turut menyelesaikan laporan orang hilang pada Rabu dan akan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri.
“Kementerian akan menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk sijil kematian untuk Lim.
“Kami harap jami dapat mendapatkan sijil menjelang Jumaat ini dan menyerahkannya kepada keluarga,” katanya.

Nikah Murah Wanita Syria Tidak Wujud

syria

Pasti ramai lelaki yang tepuk dahi dan wanita yang menghela nafas lega setelah mendapat tahu tawaran berkahwin dengan wanita Syria dengan belanja semurah USD40 adalah satu penipuan.
Hal ini disahkan oleh Facebook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria.
Selain palsu, berita berkenaan nyata satu fitnah kepada Ustaz Azizul, individu yang disertakan namanya dalam kenyataan yang menimbulkan polemik tersebut.
Untitled
Facebook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria turut menggesa agar perkara ini disebarkan untuk membetulkan keadaan.
Oleh: REM RAMZI

VIDEO: 50 Rumah Terbakar Di Kg. Datu Sibu

GAMBAR: 50 Rumah Terbakar Di Kg. Datu Sibu

SIBU – Kira-kira 50 rumah musnah dalam kebakaran besar di Kampung Datu, di sini, petang tadi.
Sehingga kini, pasukan bomba masih berusaha mengawal kebakaran susulan kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika ini. (Gambar Borneo Post)
BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL
sbf2
sbf1

Tanda-Tanda Seseorang Dipengaruhi Syiah

Tanda-Tanda Seseorang Dipengaruhi Syiah

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah.
Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

Leuniey Nafi Ada Akaun Facebook

Leuniey

Isteri penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha menafikan dirinya mempunyai akaun Facebook.
Ini berikutan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang telah menyamar sebagai dirinya di laman sosial tersebut.
Sebaliknya, Leuniey bertegas mengatakan dirinya hanya mempunyai satu laman sosial yang aktif digunakannya sehingga ke hari ini iaitu akaun Instagram.
Perkara ini disedari Leuniey selepas terdapat laporan sebuah portal yang menunjukkan akaun FB dengan status pengesahan dirinya sedang mengandung enam minggu.
APEX
LEUNI
Namun, berita mengenai kehamilan usahawan muda itu memang sahih apabila Leuniey telah mengaku mengenai perkara itu ketika ditanya peminatnya di laman Instagram.
Penyamaran di laman sosial melibat selebriti memang sentiasa berlaku dan seharusnya peminat haruslah lebih berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan laman-laman profil palsu sebegini.
Oleh: AUDREY LEE

Kekasih Muda Pilih Digilis Keretapi

Digilis Keretapi

Sepasang kekasih muda di Hertfordshire, England mengambil keputusan membunuh diri bersama-sama.
Memilih untuk digilis keretapi; Charleigh Disbrey, 15, dan Mert Karaoglan, 18, dipercayai turut meninggalkan nota bunuh diri di tempat kejadian.
Menurut rakan-rakan, Charleigh atau lebih dikenali sebagai CJ menjalani kehidupan yang kurang gembira dan pernah mengepos status “Don’t get too close, it’s dark inside — it’s where my demons hide” di laman Twitter.
Digilis Keretapi 1
CJ yang bercita-cita menjadi penyanyi pernah mencuba nasib menyertai rancangan realiti hiburan Britain’s Got Talent. Manakala Mert meminati fotografi dan masih menuntut dalam bidang tersebut.
Bapa Mert menyatakan, pada malam kejadian anaknya yang berperwatakan ceria sedang menonton televisyen sebelum memberitahu dia mahu keluar sebentar namun tidak pulang-pulang hinggalah akhirnya polis mengetuk pintu rumah mereka dan memberitahu berita duka itu.
Kejadian itu mengejutkan masyarakat setempat serta mencetuskan suasana duka di tempat mereka belajar, Hertswood Academy.
Oleh: REM RAMZI

Adakah Ini Sikap Anda Ketika Di Jalan Raya?

  • Memandu perlahan di lorong kanan - hohohoho ini boleh mengundang pencemaran bunyi (hon)! Dah tau lorong paling kanan untuk kelajuan maksima, dia bantai meronda 50km/j (maksima 90km/j). Ko nak makan angin duk lorong kiri la beb! Orang macam ni bukan takat kasi hon je, kasi high-beam dengan cucuk angin sekali baru ada akai.


  • Tukar lorong sesuka hati - ni bangse takda budi bahasa namanya. Dari kiri nak masuk kanan main tekan minyak je. Motor kat belakang ada ke takda ke, dia tak pandang dah. Dia main seluk ikut suka jantung dia je! Motor belakang yang tak tahu apa terpaksa brek mengejut. Kalau kena tendang kat body kete tu sia-sia je!

  • Tak bagi signal kiri/kanan - ni  plak bangse pemalas! Bukan jauh sangat pun nak petik signal tu. Tak kena bayar sesen pun, tapi pemalasnya....nauzubillah! Kita plak yang kena himpit ke tepi nak bagi dia masuk lorong kita. Tak ke kuang ajo namenye tu!


  • Kat bulatan, dia pecut laju - turn kite nak lalu, dia boleh pecut tekan minyak nak lalu sama?? Tak ke badigol namanye tu! Apekejadahnya ko nak jalan padahal turn kete belah sana yang kena lalu dulu. Takde kete baru ko jalan...mangkuk!


  • Bercakap pegang handphone - pergghh! terbako rasanye yop. Dia pandu slow je, kite ingatkan dia salah jalan ke, dok cari kedai ke. Bila potong kanan, tengok dia boleh bercakap pegang handphone??! Menyirap darah ni tak terkata rasa nak baling sepana je kat dia. Kete punye mahal, handsfree pun ko tak boleh beli ka? Kedekut taik idung masin...menyusahkan orang!


  • Himpit motor - yang ni hanya penunggang motor je yang merasakan sengsaranya berkongsi jalan dengan kete. Kete besor sangat ingat takde orang kiri kanan, tukar lorong tak bagi signal terus tukar...tau2 motor dok ada kat tepi dia! Spesies pemandu ni kalu jumpa memang kaki kena hinggap kat badan kete. Hinggap kat badan kete takpe lagi tak sakit, tapi kalu kete besor tu tersentuh sikit ja dengan motor mau terpelanting orang tau dak. Silap2 nyawa melayang...baru ada akai???


  • Lampu belakang rosak - Kenit pernah jumpa yang ketiga-tiga lampu belakangnya 'buta'! Giler la nak drive belakang dia. Boleh membahayakan tau dak! Kalau orang tak perasan memang kena sondol la dari belakang.


  • Memandu di lorong kecemasan - ni tahap paling kurang ajar dalam sistem pemanduan di jalanraya. Tak cukup dengan lorong kete yang disediakan, dia bantai guna lorong kecemasan.Time-time traffic jam kite boleh jumpa pesen gini. Sepatutnya laluan tu untuk motor atau ketika kecemasan je. Paling best tengok masa polis trafik duk kat depan, tahan kete camni. Dah kena saman baru ada akai!


  • Parking di laluan jalan - ni pun boleh mendatangkan marah. Sudahlah tamak amik satu lorong laluan jalan, parking pulak herot berot! Eeeiiiii! jalan tak jam boleh jadi tambah jam! ari-ari kalu camni bukan takat hati je yang jam, mata ngan jantung pun boleh jam tau!


  • Buang sampah keluar dari tingkap kete - pergghh! rasa nak pecut je kejar kete yang buat cam tu pastu baling sepana kat kepala dia. Takda kesedaran sivik langsung! kete ko pandai nak bersih, sampah sumer habih kot abur atas jalan ye! jentik idung tu baru tau...!

Macam-macam pesen pemandu kita boleh jumpa kat atas jalan raya. Darah menggelegak sampai ke tekak tapi nak menjerit suara tak kuar, nak mencarut tak elok plak hehehe.

Jangan jadikan pengalaman pemanduan anda satu mimpi ngeri bagi orang lain. Terutama musim balik kampung akan bermula bulan puasa dan raya. Jadilah pengguna jalanraya yang berhemah dan sentiasa ikut peraturan jalanraya yang ditetapkan.

Pelakon Dakwa Dicabul Pengarah

2013 06 19 065101 Pelakon Dakwa Di C4BUL Pengarah
Pelakon Dakwa Di C4BUL Pengarah-KUALA LUMPUR – Seorang pelakon baharu membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama berusia 60-an.
Pelakon berusia 22 tahun yang telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 8.30 malam kelmarin berkata, dia membuat laporan polis itu kerana bimbang keselamatan dirinya selepas mendakwa menerima ugutan daripada pengarah drama terbabit supaya tidak menyebarkan kejadian keji itu.
“Saya berlakon drama arahan pengarah itu sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama, dia (pengarah) meraba badan dan cium saya ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara selepas kami mengadakan satu perjumpaan mengenai penggambaran sebuah drama,” cerita pelakon itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Selepas kejadian itu, dakwa pelakon terbabit, pengarah itu mengugut supaya dia tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu jika tidak mahu karier seninya berkubur.

Giliran Perodua pula turun harga kereta


Bagi menyokong langkah kerajaan untuk menawarkan kos pemilikan kenderaan yang lebih murah tanpa mengabaikan kemudahan dan aspek keselamatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah memperkenalkan kereta daripada rangkaian S-Series yang memberikan penjimatan antara RM4,500 sehingga RM5,600 kepada pengguna.

Rangkaian S-Series meliputi model kereta Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S telah dilancarkan pada 14 Mac lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, syarikat telah menerima tempahan sebanyak 45,000 unit untuk varian berkenaan dan 32,000 unit kereta yang ditempah itu pula telah diterima pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penjimatan tersebut tidak terhad kepada harga kenderaan yang lebih murah, tetapi juga nilai tambah daripada aspek aksesori kenderaan, perkhidmatan servis dan alat ganti percuma dalam tempoh tiga tahun.

Mengambil contoh model Perodua Myvi SE, Aminar Rashid menjelaskan, pihaknya telah menyelaraskan harga kepada RM2,000 lebih rendah berbanding varian yang digantikan.

“Perodua turut menawarkan servis dan alat ganti percuma seperti minyak enjin, gasket dan palam pencucuh selama tiga tahun yang kesemuanya bernilai RM1,120.

“Selain itu, kami turut menambah beberapa kelengkapan baharu seperti bampar, skirting sisi dan spoiler yang bernilai RM2,500.

“Ini memberikan pengguna nilai tambah sebanyak RM5,620 berbanding varian sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo

Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratusyak 33 peratus


Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus | Kerajaan Indonesia yang mungkin menaikkan harga petrol sebanyak 33 peratus iaitu daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.42) kepada 6,500 rupiah (RM2.03), mencetuskan kemarahan beribu-ribu penduduk awam Indonesia. Mereka mengadakan bantahan besar-besaran di luar bangunan Parlimen di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan. Menteri Kewangan, Chatib Basri berkata, harga petrol dan diesel akan naik tidak lama lagi sebaik-baik sahaja kerajaan selesai meneliti beberapa perkara sebelum kenaikan itu diumumkan.

"Kenaikan harga minyak amat penting disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang merujuk kepada nilai mata wang rupiah yang merudum. Selain petrol, harga diesel turut meningkat daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.40) kepada 5,500 rupiah (RM1.72). Dalam pada itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah kira-kira lapan ribu penunjuk perasaan yang bertindak melontar bom Molotov, mercun dan botol.

Polis yang ditempatkan di luar bangunan Parlimen juga terpaksa berdepan beratus-ratus penunjuk perasaan yang cuba menceroboh masuk selepas mengadakan bantahan untuk hari kedua berturut-turut. Keganasan terbaharu itu berlaku buat kali pertama sejak demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga bahan api pada 2008. Sementara itu, Timbalan Presiden Indonesia, Boediono menggesa orang awam supaya bertenang dan tidak mencetuskan kekecohan. - AFP

Kata-kata Seorang Gadis Syria Yang Membuatkan Gadis Melayu Berasa Cemburu.

Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria
selama 24 jam tanpa henti. Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu kota
Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya. 
Kata-kata Seorang Gadis Syria Yang Membuatkan Gadis Melayu Berasa Cemburu! - Terbakor
Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya yang mempelajari Al-Qur’an
dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama’
di situ. Sekolah yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya menuntut pelbagai
ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. 
Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak penduduk Damaskus, ahlu Syam.
Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, para pemuda bergegas-gegas
menuju ke lokasi untuk melihat adakah terdapatnya nyawa penduduk yang mesti dibantu
dengan segera. Mereka bergegas-gegas menuju ke bangunan-bangunan yang telah hancur rata
sekali dengan tanah untuk melihat sama ada terdapatnya penduduk-penduduk yang tertimbun
di dalam runtuhan bangunan-bangunan tersebut. Setakat ini, alhamdulillah seorang ayah berjaya diselamatkan. 
Ayah berteriak menangis dengan berkata, “Anak perempuan saya, selamatkan anak perempuan saya.”
Dan apabila orang ramai membantunya menarik keluar dari runtuhan tersebut, hati seorang
ayah itu masih lagi tertinggal di bawah runtuhan itu.
Suara-suara yang datang dari bawah tanah membuatkan orang ramai mengalihkan
pandangan mereka ke bawah runtuhan itu. Mereka dengan segera menyelamatkan orang
yang berada di bawah runtuhan tersebut.
Ternyata seorang gadis muda masih terperangkap di bawah runtuhan rumahnya itu selepas
rumah mereka terkena bedilan serangan udara daripada tentera Assad.
Adakah anda tahu, perkataan apa yang pertama sekali diucapkan dari mulut gadis muda itu
ketika orang ramai turun berkerumun untuk menyelamatkan beliau?
Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia melihat cahaya, “Ayah, saudaraku,
tolong hentikan (alihkan) kamera itu, saya tidak memakai tudung!”
Beliau adalah seorang gadis Syria yang tulen. Dengan jelas, dia berkelakuan seperti seorang muslimah sejati.
Jadi, itulah kata-kata seorang gadis muda sebaik sahaja beliau berjaya dibawa keluar daripada
bedilan serangan udara tentera Assad sebentar tadi.
Apa yang anda fikirkan, Apa yang bermain di fikiran si gadis muda itu dan perkara yang beliau lebih
pentingkan? Adakah gadis melayu yang lain tak berasa cemburu dengan akhlak gadis Syria tadi?
Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada udara di bawah runtuhan tadi,
namun beliau tetap mengingatkan orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau
belum mengenakan tudungnya. Sungguh beliau adalah contoh gadis muslimah Syria yang
menunjukkan akhlak-akhlak Islam dan terpelihara maruahnya.
Ini hanya satu contoh kecil, bagaimana pula dengan akhlak-akhlak penduduk Syria yang lain.
Dan seandainya muslim sedunia tahu, bagaimana rupa kemuliaan akhlak-akhlak penduduk Syria (Syam)
ini, sungguh mereka tidak akan mahu kehilangan orang-orang yang mempunyai akhlak-akhlak tersebut dan ingin bersama-sama hidup bersaudara dalam satu komuniti. 
Sungguh benar sabda Nabi S.A.W yang bersabda tentang keberkatan yang menyinari di tanah
Syria (Syam) ini, kerana keindahan akhlak penduduk Syria dan ketaatan mereka pada agama yang
menyinari negara itu. 
Sekarang kita sedia maklum, kenapa orang-orang Kuffar dari kalangan Syiah mahu membunuh
seluruh penduduk Syria [Sunni], kerana mereka takut sinar yang terpancar dari akhlak dan
ketaatan penduduk Syria [Sunni] ini menunjukkan kebusukan ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. Wallahua’lam.

DR.HARON DIN: Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Boleh Berlaku…

DR.HARON DIN: Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Berlaku...

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T.”
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya”.
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.
Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a’lam. (HARAKAH)

Kesian, Budak Cacat Ini ‘Disisihkan’ Dalam Sesi Bergambar Di Sekolahnya…

cacat

Selalunya apabila anak pulang bersama ‘gambar kelas’ ia pasti menarik perhatian ibu bapa yang ingin melihat guru dan rakan-rakan anaknya yang sudah satu tahun belajar bersama-sama.
Bagaimanapun, hati seorang ibu bernama Anne Belanger dari New Westminster, Canada sangat terhiris apabila melihat anaknya disisihkan jauh daripada barisan rakan-rakan lain dalam gambar tersebut.
Meskipun anaknya, Miles Ambridge, 7, mengalami masalah kesihatan spinal muscular atrophy (otot otrofi tulang belakang) hingga terpaksa berkerusi roda, baginya itu bukan alasan untuk bertindak kejam demikian rupa.
Dia dan suami, Don Ambridge tambah sedih apabila melihat anak mereka kelihatan tersenyum lebar dalam gambar tersebut, barangkali kerana terlalu naif untuk mengerti layanan buruk yang sedang diterimanya.
Susulan perkara ini, pihak sekolah menerima kecaman lalu mengatur semula sesi bergambar Miles bersama rakan-rakan kelasnya.
Herbert Spencer Elementary bagaimanapun menyalahkan syarikat yang diupah bagi mengambil gambar kelas sebagai punca kejadian berlaku.
Sumber: Yahoo! Shine

Dakwaan Shah Jaszle Saya Perempuan Psiko Satu Tuduhan Melampau!

Kes Khalwat Shahz Jaszle

Susulan kenyataan pelakon Shahz Jaszle yang mengatakan gadis misteri yang ditangkap khalwat bersamanya sebagai wanita psiko dan sengaja mahu memutuskan ikatan pertunangannya dengan Redzwani Puteri, kali ini wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah itu tampil memberikan kenyataan balas berhubung isu tersebut.
“Dakwaannya kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan,” kata Farah melalui akhbar Harian Metro, hari ini.
Dia turut mendedahkan bahawa Shahz turut mengajarnya untuk menipu dengan mengatakan dia merupakan krew yang mengasingkan pakaian buat aktor tersebut semasa tangkapan tersebut dibuat.
Farah turut menyifatkan segala kenyataan yang dikeluarkan Shahz selama ini berhubung kes khalwat mereka adalah seperti seorang yang ingin lari daripada masalah.
“Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama,” katanya.
Makin rumit nampaknya kes ini apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan di antara satu sama lain.
Semua masalah ada penyelesaiannya jika pihak yang terlibat mengambil langkah bijak dengan berbincang dan bersemuka agar segala kekeliruan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
Bukan begitu?
Oleh: AUDREY LEE

Budak 15 Tahun Di Ipoh Beli Senapang Di Internet

Pelajar

IPOH – Usianya baru mencecah 15 tahun, namun seorang pelajar sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki koleksi senjata dan senapang tiruan berbahaya model M16; pistol Glock; Colt 45 automatik dan Air Rifle MP 5 untuk koleksi peribadi.
Senjata tiruan yang seakan senjata api tulen itu dipercayai ditempah khas melalui sebuah laman web yang beroperasi di luar negara termasuk Amerika Syarikat, China dan Taiwan.
Bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa, remaja berkenaan menempah senjata itu melalui Internet sebelum senjata itu dihantar ke negara ini menerusi khidmat pos.
Bagaimanapun, usaha licik remaja itu berakhir apabila anggota Unit Kastam Pos, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Cawangan Ipoh mengesan senjata tiruan itu menerusi mesin pengimbas di Pejabat Pos Ipoh, tengah hari Sabtu lalu.
Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, pihaknya menahan remaja berasal dari Kuala Kangsar terbabit pada hari sama rampasan dibuat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sebelum dilepaskan dengan jaminan.
Beliau berkata, siasatan mendapati, remaja berkenaan mengaku membuat pesanan senjata tiruan itu dengan melaburkan wang RM2,000.
“Selain senjata api, kami turut merampas kelopak dan bebola getah serta tembaga dipercayai peluru pistol berkenaan selain beberapa komponen dan peralatan berkaitan senjata api tiruan itu.
“Lima senjata api yang dirampas itu sebahagian daripada 10 unit senjata yang dirampas pasukan penguatkuasaan kastam negeri bagi tempoh Januari hingga Jun termasuk dua unit dirampas di Kompleks Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, manakala tiga unit lain dikesan di pejabat pos negeri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, pihaknya memandang serius pengimportan tanpa permit senjata api tiruan berkenaan kerana ia bukan saja mampu mengancam keselamatan negara sebaliknya boleh disalah guna untuk tujuan jenayah.
Mohd Nasir berkata, senjata tiruan model Air Rifle MP 5 itu sendiri boleh digunakan untuk mencederakan binatang dan manusia, malah boleh membawa maut sekiranya diubah suai.
Menurutnya, senjata api itu turut menggunakan bateri yang perlu dicas dan gas untuk berfungsi.
“Kami bimbang jika ia jatuh ke tangan individu tidak bertanggungjawab, ia mungkin digunakan sebagai senjata api untuk tujuan samun, rompakan dan pembunuhan.
“Pada masa sama, kami turut meminta ibu bapa supaya memantau kegiatan anak masing-masing terutama dalam penggunaan internet bagi mengelak salah guna kemudahan itu untuk tujuan membeli dan mengedar senjata api serta barang-barang terlarang lain,” katanya.
Katanya, pengimportan semua jenis senjata termasuk senjata tiruan perlu mematuhi Butiran No 46, Jadual 3, Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 di mana pengimportan perlu disertai dengan permit import yang diluluskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). – myMetro Online
Foto: BH Online

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More