Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

PILIHAN
Wednesday, April 25, 2012

No Comment
Jikalau di atas kertas, Proton Preve 2012 mempunyai banyak kelebihan yang boleh dibuktikan sebagai sebuah “kereta dengan standard global”. Kalau disemak satu persatu C segmen boleh dikatakan agak sesak dengan pelbagai pilihan yang sedia ada ketika ini termasuklah Toyota Corolla Altis & Honda Civic (Jepun) dan juga Kia Forte dan Hyundai Elantra (KoreaSelatan)

 Model Toyota Altis dan Honda Civic sendiri dijadikan penanda aras bagi Proton dalam membangunkan Proton Preve. Kuasa turbo yang dimilki Proton Preve dengan 1.6 liter Campro CFE mampu menghasilkan kuasa yang setara dengan enjin semulajadi 2.0 liter. Merujuk kepada jadual di bawah ini, memang diakui ada kuasa pada Proton Preve belum boleh menandingi model-model lain “berdiri di atas” enjin 2.0 liter. Walaubagaimanapun, dengan 205Nm tork maksimum pada putaran enjin seawal 2000rpm sehingga 4,000rpm meletakkan Proton Preve “tidak sepadan” dengan model kereta Jepun dan Korea.



Manakala jadual di bawah ini pula cuba membandingkan dimensi yang dimiliki oleh Proton Preve terhadap saingan C segmen yang lain, termasuk juga terhadap barisan model Proton sebelum ini seperti Proton Persona, Proton Inspira, dan Proton Waja. Persona dan Waja adalah lebih kecil daripada norma C-segmen, Proton Preve sebenarnya lebih panjang, lebih luas dan lebih tinggi daripada model kereta Jepun dan Korea dalam soalan (kecuali Inspira).
Proton Preve dilihat lebih berat berbanding Toyota Altis, Civic mahupun Hyundai Elantra. Walaubagaimanapun, Proton Preve masih lagi lebih ringan berbanding Kia Forte. Proton Preve, menyediakan ruang but terbesar dalam segmen C, sehingga jikalau dilihat kapasiti muatan yang dibawa oleh Proton Inspira seolah-olah kedekut dalam menyediakan ruang yang besar buat mereka.






Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment