Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

PILIHAN
Monday, September 10, 2012

No Comment
Darling Cakap Anne Hanya Sesuai Jadi Kawan Aliff

Kakak kepada pelakon Anne Ngasri iaitu Darling Ngasri memberitahu tiada perbincangan mengenai perkahwinan melibatkan adiknya dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz seperti yang diperkatakan. Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 29, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah berbual mengenai isu itu dan menganggap ia adalah gosip semata mata.

Darling juga enggan mengulas kononnya perhubungan Anne dan Aliff tidak direstui keluarga penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu. Dalam pada itu, Darling berkata, dia lebih suka melihat adiknya itu berkawan sahaja dengan Aliff kerana pada pengamatannya mereka lebih sesuai menjadi sahabat.
Aliff dan Anne mula intim sejak menjalani penggambaran ‘Antara Kita’ pada Januari lalu. Katanya masih terlalu awal untuk pasangan itu memikirkan soal perkahwinan kerana masing-masing masih diperingkat awal perkenalan.

0 comments:

Post a Comment