Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Monday, September 10, 2012

No Comment
Kali ni penulis nak tunjukkan bagaimana ibu bapa di China meninggalkan anak mereka di mana saja yang mereka fikir sesuai demi untuk ke tempat kerja. Penulis tahu mungkin ada di antara ibu bapa yang miskin sehingga tidak mampu membayar dan membawa anak ke pusat penjagaan. Tapi fikirlah pakai otak.


Ramai lagi orang yang tak mampu di dunia ini, tapi tidak pula melakukan hal sedemikian kepada anak mereka. Mereka telah mengikat anak-anak kecil itu di tingkap sebelum ke tempat kerja.
Kesian sungguh! Macam mana kalau mereka nak buang air atau berasa lapar. Kena tunggu sampai ibu bapa pulang ke?
Budak-budak mana tahu apa pun. Yang mereka tahu menangis kalau rasa tak selesa. Tak dapat penulis fikirkan apalah yang akan terjadi jika ada sesuatu perkara berlaku seperti kecemasan, nak menyesal pun dah tak guna.
Jika ada pengawasan orang dewasa tak apa jugak. Tapi musykil, tak kan kot mereka nak ikat anak kalau ada orang tengokkan.
Harap-harap suatu hari nanti terbuka minda ibu bapa ini untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi.
Kesian dekat budak kecil.
Kita tidak dapat menolak sebarang kemungkinan ibu bapa di sana berbuat begitu adalah faktor kekurangan duit untuk mengupah orang untuk menjaga anak mereka. Selain itu, mungkin mereka menghadapi masalah untuk bekerja apabila diganggu dengan kerenah anak.

0 comments:

Post a Comment

 
MH17
Terkini