
Seorang lelaki yang mengambil pil untuk membantu mengubati masalah
kepala botak mendakwa dia telah menjadi seorang wanita. Dia berkata
masalah kepala botak yang dia alami adalah bersifat keturunan dan
berharap pil yang diambilnya itu akan memulihkan masalah rambut nya yang
semakin menipis.

Tetapi selepas hampir sebulan mengamalkan pil itu, dia berkata pertumbuhan rambut nya adalah sangat minima. Apa yang mengejutkan ialah walaupun rambut William McKee gagal untuk tumbuh semula namun bapa kepada satu anak ini berkata pil itu telah menyebabkan payudara dan pinggul nya mula membesar.

Dia mendakwa pil yang dia telah ambil sekali sehari selama sembilan bulan itu secara radikal telah mengubah keseimbangan hormon badan nya dan kini dia sedang mempertimbangkan untuk melakukan perubahan jantina sepenuhnya. Dia kini menggunakan nama Mandi ketika dia memakai pakaian wanita sambil bersosial.

0 comments:
Post a Comment