Scan QR
Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Thursday, September 13, 2012

3 comments
"Saya Hanya Buat Persembahan, Tak Terlibat Promosi Jenama Arak," - Mizz Nina


KUALA LUMPUR – Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.
“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.
“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.
“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.
“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.
“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.(Murai.com.my)

3 comments:

  1. Leson in fundamental Islam; memandangkan laki tak guna kau xreti nak ajar kau, biar aku ajar kau nina, kalau kau xtolong promosi sekali pon, walaupun ko perform kat konsert tu, kau di kira sekongkol dengan arak jugak, ada faham?

    ReplyDelete
  2. sokong cm punk, bodo betul diorang ni..dah tentu2 kompeni arak dah tentu jugaklah bayor pakai duit jual arak..hukumnya haram kalau umat islam terlibat dalam menda2 ni..yang dok lulus lesen arak pon kira dosa besar sebab turut menyokong menda2 haram ni..

    ReplyDelete
  3. manusia akhir zaman,...biarlah ape yg islam larang sekalipon..tetap tidak mngendahkan...masih haram dan dikeji Allah sama skali...hope trbuka la hidayah buat nina ni...

    ReplyDelete

 
Siakap Keli