Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Monday, November 5, 2012

No Comment
Masjid Di India


Tiada apa yang dapat menyangkal kuasa milik Allah S.W.T.
Contohnya seperti apa yang terjadi kepada ekstremis India pada tahun 1992.
Di India, terdapat sebuah masjid bersejarah iaitu Masjid Babri atau Masjid Babur di Utara Bandar Ayodhya iaitu di Barat India.
Bangunan bersejarah itu terletak di atas bukit Ramkot dan terbesar di Uttar Pradesh.
Ia dibina atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16. Mulanya masjid dinamakan Masjid-i Janmasthan.
Masjid ini sekian lama menjadi pertikaian antara penganut Islam dan Hindu. Puncanya masjid ini dikatakan dibina di atas tempat kelahiran Sri Rama.
Ia juga menjadi tapak jelmaan dewa Vishnu dan pemerintah Ayodhya. Manuskrip Hindu Brahma Purana menyatakan Ayodhya merupakan salah satu daripada 6 bandar suci bagi agama Hindu. Bandar lain ialah Mathura, Haridvar, Kashi, Kanchi dan Ujjain.
Penyair kuno Tulsidas telah menulis tentang Shri Rama Charit Manas di Ayodhya pada 1574. Tetapi Tulsidas tidak menyatakan Masjid Babri sebagai tapak pemujaan Hindu. Inskripsi yang dijumpai dalam gua Nasik menyatakan tentang kewujudan Rama sekitar tahun 150 M.
Awal 1857 penganut Islam dan Hindu bersembahyang bersama di dalam masjid itu dalam keadaan penuh harmoni.
Pada 6 Disember 1992, seramai 150,000 penganut Hindu yang nasionalis merobohkan Masjid Babri walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India. Mereka dihasut oleh pemimpin politik terutama daripada Parti Bhartiya Janata (BJP) yang mahu berkuasa di India.
Umat Islam terpaksa mempertahankan masjid tua itu daripada dirobohkan. Dalam kejadian ganas itu, seramai 2000 penganut Hindu dan Islam terbunuh.
Akibat dari tindakan ekstremis India tersebut, seramai 40 orang dijangkiti sakit mata yang teruk hinggakan tiada seorang doktor pun dapat mengubati penyakit mereka.
Akhirnya, mata mereka menjadi buta dan tidak boleh melihat langsung.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India.
Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari seluruh pelosok India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar itu juga melaporkan seramai 31 orang India yang buta telah ditempatkan di satu komplek di kota Maharinor sebagai tempat tinggal baru mereka.
Subhanallah! Kuasa Tuhan.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
MH17
Terkini