Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

PILIHAN
Monday, January 21, 2013

No Comment

Anak Anjing Kelaparan Didera Telan 12 Coli
Anak Anjing Kelaparan Didera Telan 12 Coli - LONDON : Sepasukan doktor haiwan terpaksa membedah seekor anak anjing di Grimsby, England bagi menyelamatkan nyawanya selepas pemeriksaan sinar-X mendapati ia telah memakan 12 helai coli, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak anjing jenis Rotweiler yang bernama Molly itu dirampas daripada pemiliknya setelah mereka menghantarnya ke sebuah klinik haiwan dalam keadaan kurus kering akibat didera dan tidak pernah diberi makanan selama tiga bulan.
Salah seorang doktor haiwan, Michael Jefferson berkata, dia mengeluarkan sedozen pakaian dalam wanita termasuk coli dan seluar dalam seberat lima kilogram dari dalam perut anjing tersebut yang kebuluran dan hanya tinggal rangka.
Pemilik Molly, Rebecca Danville, 26, dan pasangannya Stuart Lane, 28, didenda £100 (RM482) oleh sebuah mahkamah kelmarin kerana cuai menjaga peliharaan serta dilarang membela haiwan selama lima tahun. – Agensi

0 comments:

Post a Comment