Scan QR
Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Thursday, February 21, 2013

No Comment
Bagi anda yang pernah merasai pengalaman kehilangan haiwan peliharaan kesayangan, ia mungkin menjadi saat yang paling sedih dalam hidup anda..Namun, apa yang akan berlaku sekiranya anda menemui semula haiwan peliharaan anda selepas bertahun-tahun ia hilang dari jagaan anda dalam keadaan masih hidup? Agak mengejutkan bukan? Ini lah yang telah berlaku kepada kura-kura ini yang ditemui semula selepas hilang selama 30 tahun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Seekor kura-kura yang diberi nama "Manuela" telah ditemui semula selepas hilang selama 30 tahun di dalam sebuah bilik stor, lapor Daily Mail.

Kura-kura ini telah dikatakan hilang dari rumah pemiliknya di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1982 selepas usaha mencarinya semula gagal.

Pemiliknya, iaitu keluarga Almeida, merasakan kehilangan kura-kura tersebut diakibatkan oleh kerja-kerja membaik pulih rumah mereka ketika itu di mana mereka sering membiarkan pintu hadapan rumah terbuka.

Penemuan dengan kura-kura malang tersebut berlaku ketika mereka sedang melakukan kerja mengemas bilik stor yang mengandungi barang-barang lusuh yang hendak dibuang di mana seorang dari ahli keluarga mereka, Leandro menemui sebuah kotak yang mengandungi alat pemain muzik dengan Manuela berada di dalamnya.

Lenita, anak perempuan keluarga berkenaan yang menerima kura-kura tersebut sebagai hadiahnya semasa kecil berkata. "Kami terkejut dan gembira untuk menemui Manuela semula. Tiada seorang pun yang tahu bagaimana kura-kura ini mampu hidup selama 30 tahun di dalam bilik ini, ia sukar untuk dipercayai."

Seorang veterinar tempatan, Jeferson Pires menerangkan bahawa Manuela merupakan seekor kura-kura dari spesies "red-footed", di mana spesies ini mampu hidup dalam jangka masa yang lama tanpa makanan.

"Mereka ini juga amat tahan lasak dan mampu hidup selama 2 ke 3 tahun tanpa sebarang makanan. Dalam kehidupan liar, kura-kura ini akan menjadikan buah-buahan, daun, bangkai haiwan dan najis sebagai sumber makanannya," kata Pires lagi.

"Kura-kura ini mungkin terselamat dengan mendapatkan sumber makanannya dengan memakan anai-anai nibblingdari lantai kayu dan menjilat pemewulapan yang berlaku di luar permukaan yang licin," tambahnya lagi.


   


























p/s:Panjang umur kura-kura tu..

0 comments:

Post a Comment

 
Siakap Keli