Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Thursday, February 21, 2013

2 comments

Si Tanggang Sepak Ibu Dijel 24 Bulan
Si Tanggang’ Sepak Ibu Dijel 24 Bulan - KOTA BHARU : Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor memerintahkan Mohd. Syaridan Awang Ahmad, 27, menjalani hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting selepas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56, enggan memberinya wang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari lalu. – Kosmo

2 comments:

  1. mmg bnatang....2 la mk bpk sngup bela dn bg mkn ank2 lbh dr 10 org..tp ank yg rmi blum tntu blh jga sorg mk dn bpk..ada mk bpk yg bgus ank mcm hrm jdah..dn sbliknya la tpi jgnla smpi sepak,tmbuk..bdoh 2

    ReplyDelete
  2. Jamin penagih ni. Kalau penagih tegar, no hope. Dok membazir duit to try to cure. Cadangan untuk pencegahan:
    1) Kes kali pertama: Kasi peluang - masukkan pusat pamulihan.
    2) Kes kali kedua: Hukuman keras - masukkan penjara (ni kira last chance).
    3) Kes kali ketiga: Kasi terus OD (overdose) benda jahnam tu. Kira seronok last time.
    Ini pasti boleh menggurangkan penjenayah, i.e. pencuri, peragut etc. yang cuma menyusahkan orang ramai. Cuba-cuba pulihkan, balik-balik pergi ke dadah juga. Buat membazir duit je. Lagi berfaedah labur kat benda lain.

    ReplyDelete

 
MH17
Terkini