Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

PILIHAN
Thursday, February 21, 2013

No Comment

Susulan daripada laporan Isnin lalu yang mendakwa pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan bakal bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini dan seterusnya ingin berkahwin bersama seorang wanita yang dikenali sebgai Zarema Zainal, pemain bola sepak ini telah tampil kehadapan bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut.

Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi dan pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, Aidil turut mengaku bahawa dirinya sememangnya rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema, akan tetapi nafi ingin berkahwin dengan wanita tersebut Julai ini.

“Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi.

“Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Tapi bukan Zarema seorang sahaja yang saya kenal, sebaliknya semua ahli keluarga yang lain. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa.”
 
Mengulas lebih lanjut mengenai Zarema, Aidil turut menafikan wanita tersebut sering memandu keretanya seperti yang didakwa oleh seorang pengirim email baru-baru ini.

“Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak pakai kereta saya sedangkan dia anak orang berada.

“Dia mampu miliki apa saja jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai hendak pakai kereta saya,” ujar Aidil menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini. -Ohbulan

0 comments:

Post a Comment