Scan QR
Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Friday, March 29, 2013

No Comment
Israel ialah negara kecil yang sentiasa bersedia untuk berperang. Ia juga negara yang menghasilkan beberapa inovasi ketenteraan seperti mesingan UZIpistol Desert Eagle dan senapang Cornershot. Kini mereka menghasilkanAirmule, sebuah ambulan tanpa juruterbang yang boleh digunakan dalam medan peperangan urban. Pesawat rekaan Urban Aeronautics ini mampu terkantung di udara ini direka bagi memudahkan proses membawa askar yang tercedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Helikopter yang sedia ada terlalu besar untuk mendarat di tengah-tengah jalan raya di kawasan urban. Airmule mampu memuatkan dua askar tercedera pada satu-satu masa ataupun kargo berupa keperluan persenjataan untuk askar di medan perang. Pada awalnya Airmule dicipta sebagai pesawat untuk kegunaan awam tetapi setelah mendapat suntikan dana kerjaan Israel, ianya kini dibangunkan untuk tujuan ketenteraan. Pesawat ini masih dalam proses percubaan dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2014




Kredit Gambar Aviation Week

Maklumat asal Urban Airmule
Sumber BlogSerius

0 comments:

Post a Comment

 
Siakap Keli