Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Sunday, March 24, 2013

No Comment

Baru 11 Tahun Sudah Culik Budak 6 Tahun
Baru 11 Tahun Sudah Culik Budak 6 Tahun - Michigan : Seorang budak berusia 11 tahun kini ditahan di bawah tahanan juvana selepas dia didakwa cuba menculik seorang budak lelaki berusia enam tahun ketika budak itu sedang bermain di laman rumahnya.
Kejadian itu disedari oleh ibu tiri budak berkenaan selepas mendapati anak tirinya hilang.
Pada masa sama, seorang pemandu bas telah menyaksikan budak 11 tahun berkenaan telah memegang kolar baju budak itu dan mengheretnya ke jalan raya.
Meskipun pemandu bas itu tidak dapat menghentikan bas berkenaan, dia sempat menghubungi wanita terbabit.
Tindakan pantasnya itu membolehkan wanita itu menemui anak tirinya.
Bagaimanapun bukan senang untuk dia mendapatkan anaknya semula apabila suspek turut berebut budak berkenaan dan enggan menyerahkannya kepada ibunya.
Selepas berjaya mendapatkan semula anaknya, wanita itu menghubungi polis.
Budak itu tidak mengalami kecederaan, hanya bajunya yang terkoyak.
Polis setakat ini tidak mengetahui motif penculikan itu namun memberitahu, kedua-dua budak berkenaan bersekolah di sekolah yang sama, tetapi mereka tidak berkawan.
Suspek juga dikatakan pernah melanggar undang-undang namun kejadian penculikan ini merupakan kesalahan serius pernah dilakukannya – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

 
MH17
Terkini