
‘Ramai yang marah saya terutamanya, rakyat Kelantan,” akui penyanyi dan komposer terkenal, Eddie Hamid berhubung lagu ciptaan terbarunya, Bo La Wei, yang mengundang kontroversi.
Menurut Eddie, keluarganya turut terkena tempias yang sama sehingga dia dilarang untuk pulang ke kampung (Kelantan) buat sementara waktu.
“Pada mulanya saya takut juga. Tetapi saya nak balik juga dan tengok sendiri bagaimana lagu ini mencetus fenomena di Kelantan,” kata Eddie.
Lagu ciptaannya bersama Datuk Supardi yang dimuat naik menerusi YouTube sejak tiga minggu lalu itu ternyata mengundang kemarahan ramai dengan pelbagai komen negatif di laman sosial tersebut.
Malah laman Facebooknya turut dibanjiri komen-komen negatif yang tidak berpuas hati dengan pembikinan lagu itu.
Bagaimanapun komposer yang pernah popular dengan lagu, Halimah Jongang, ini berkata niatnya hanya untuk menyedarkan anak-anak Kelantan supaya berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya terpanggil untuk menghasilkan lagu setelah melihat kemunduran Kelantan yang diperintah Pas sejak dahulu lagi.
“Lagipun peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan anak Kelantan ramai berhijrah ke luar untuk mencari rezeki,” kata Eddie kepada Zass, semalam.
Akui lagu tersebut dicipta khas sempena Perhimpunan Anak-anak Kelantan anjuran Barisan Nasional (BN) di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari lalu, Eddie berkata, tiada sebarang unsur paksaan untuknya mencipta lagu itu walaupun mendapat tentangan ramai.
“Suka atau tidak, ia kerjaya saya. Ini periuk nasi kami,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Eddie mendedahkan dia kini dalam proses mencipta lagu baru, Untukmu Najib, yang berkisarkan perjalanan hidup Perdana Menteri Negara itu sejak zaman kanak-kanak sehingga kini. – Sinar Harian Online

5 comments:
tukang bodek rupenye..periuk nasi bukan cume buat lagu jek,keje kilang pon bole....
Terbaikkkk laa... suka suka suka penuh nasihat pada aku rakyat kelantan
Pencacai UMNO/BN. Sampai keluarga larang balik kampung sebab orang kampung lebih suka bawah PAS. Hidup bawah kepimpinan Islam yang ditindas oleh UMNO/BN pusat dari segi dana kewangan.
Ingatlah bahwa rakyat satu M'sia dah mula sedar UMNO/BN ialah perompak besar. Setiap projek pembangunan yang dijalankan 50% mesti masuk kocek kroni. Kalau projek RM2 juta, RM1 juta jamin masuk kocek kroni.
Sebab tu banyak yang runtuh. Rujuk kat Terengganu yang ditadbir UMNO/BN. Projek mahal tapi roboh. Tunggu je sampai ada yang mati. Tapi yang mati rakyat je. Mereka juga yang undi. Nak ikut sama, undilah UMNO/BN. Janji DiTepati, jamin kena tipu.................
@ Anon 12:06
Bodoh..bodoh..bodoh..bodoh..
popular ker...dari dulu lagi aku x minat komposer sampah..semua lagu2 ciptaan dia tahap sampah
Post a Comment