Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

PILIHAN
Friday, March 29, 2013

No Comment
Kes Curi Kereta


ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya menyelesaikan 400 kes kecurian kereta lama di negeri ini dengan penangkapan seorang lelaki berusia 53 tahun di sini Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata suspek diberkas ketika cuba mencuri sebuah kenderaan di tempat letak kereta Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Suspek yang berasal dari Yan dan mempunyai empat anak itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak 2008 dan sasaran suspek ialah kereta lama yang diletak di tempat sunyi di kawasan hospital serta pasar raya, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Susulan penangkapan itu polis menemui lima kereta curi, 37 set rim dan pelbagai jenis radio kereta, katanya.
“Suspek ini bergerak seorang sahaja. Dia ambil barang dalam kereta seperti radio, rim dan pelbagai alat ganti kenderaan lain yang boleh dijual. Kemudian dia letak kenderaan tersebut di tepi-tepi jalan,” katanya .
Mohd Nashir berkata pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 24 dan 46 tahun yang bersubahat membeli peralatan kenderaan curi daripada suspek pada hari yang sama.
Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.
Mengulas kes lain, Mohd Nashir berkata pihaknya menumpaskan kegiatan perjudian ‘belangkas’ dan menahan 30 lelaki serta tiga wanita berusia antara 20-an dan 74 tahun di Jitra.
Katanya dalam serbuan oleh sepasukan anggota JSJ negeri dibantu anggota dari JSJ Kota Setar dan Kubang Pasu di sebuah kawasan perumahan di Jitra itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM118,300.
Sementara itu, Mohd Nashir berkata pihaknya kini memburu seorang lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan kes samun bersenjata di sekitar daerah Sik, Baling, Kuala Muda dan Kulim.
Mereka yang mengenali Hassan Ariffin, beralamat terakhir di No 63B Kampung Tembak B, Kuala Ketil diminta tampil membantu atau menghubungi balai polis terdekat.
Katanya pada 22 Mac lepas polis berjaya menangkap lima anggota kumpulan samun ‘Pak Su Hassan’ berusia antara 16 dan 36 tahun yang menggunakan senjata tajam ketika melakukan rompakan di sebuah rumah di Teloi, Sik.
Katanya empat daripada lima lelaki yang melakukan rompakan tersebut memakai topeng muka dan bersenjatakan parang merompak RM20,000 dan sebuah kereta.
“Geng Pak Su Hassan ini aktif sejak 2011 lepas dan merompak di rumah yang terletak di kawasan yang agak terpencil,” katanya. – Bernama

0 comments:

Post a Comment