Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!

Pages

PILIHAN
Friday, May 17, 2013

2 comments
Karpal Bantah Guna Kekerasan Guling Kerajaan, Anggap Kenyataan Haris 'Serius'!


Kuala Lumpur – Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.
Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).
Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus.
“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13… pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH.
Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini.
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman.
“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya.

2 comments:

  1. aku xpaham lgsung la orang yang ckp pru 13 tipu la apa la..
    ingat pnyokong bn tarak ramai ke..??
    dah kalah buat cara kalah..
    mana 8 kapal terbang bangla import..
    satu pun xdpt tgkap lg mau kata tipu ka..
    last2 orang india malaysia dia ckp bangla..
    blackout kat bentong kecoh mcm satu malaysia blackout..
    otak ingat mcm satu malaysia sokong pr..
    ingat bro jgn buat mcm bn tarak pnyokong lgsg..
    pnyokong bn senyap2 je.
    xmain la berhimpun buat kecoh ni..

    ReplyDelete
  2. adat org x puas hati mmg mcm tu....

    ReplyDelete

 
MH17
Terkini