Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

PILIHAN
Tuesday, October 1, 2013

No Comment

WALAUPUN kejadian ini berlaku pada tahun lalu, tetapi kami rasakan adalah penting ia disiarkan kembali bagi memberi pengajaran kepada kita semua.

Jururawat sebuah pusat perubatan swasta di Singapura dikesan melakukan perbuatan yang cukup kejam apabila melempar seorang pesakit warga emas ke katil sebelum menamparnya.

Perbuatan tersebut ternyata menggemparkan warga republik itu, apatah lagi bila kejadian berkenaan berjaya dirakam oleh salah seorang pesakit yang juga mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

Di dalam video tersebut, pesakit berusia 77 tahun itu dibiarkan tidak berbaju di bawah kipas dan kelihatan jururawat tidak mengendahkannya yang menangis kesejukan.

Selepas itu, dua orang jururawat mengangkat dan membalingnya ke atas katil.

Pesakit itu yang menangis kesakitan kemudiannya ditampar pula oleh seorang jururawat.

Hasil siasatan pihak berkuasa Singapura mendapati, perbuatan pusat perubatan berkenaan yang gagal membayar elaun ‘overtime’ para jururawatnya disamping membebankan mereka dengan pelbagai tugasan di luar skop tugasan mungkin antara penyebab mengapa insiden ini boleh terjadi.

Semoga ia kejadian ini tidak ‘berulang’ di negara kita…tetapi percayalah, ia tidak mustahil boleh berlaku!

0 comments:

Post a Comment